Hai semua, Mungkin terasa lucu kalau ada orang kata boroi tanda bahagia.Rupanya betul berdasarkan satu kajian Universiti Queensland, Austr...

Boroi Tanda Bahagia

Hai semua,

Mungkin terasa lucu kalau ada orang kata boroi tanda bahagia.Rupanya betul berdasarkan satu kajian Universiti Queensland, Australia.

Mereka telah mengambil data daripada 15,000 orang dalam tempoh 10 tahun dan mendapati pasangan yang sudah berkahwin naik berat badan 5.7 kg setahun berbanding orang bujang cuma ada kenaikan 1.7kg.

Dalam kajian itu saya mendapati boroi bukan khusus untuk si suami semata-mata.Sebaliknya juga untuk para isteri juga.



Mengikut penyelidikan mereka kenaikan berat badan ini kerana faktor berikut :

1.Pengambilan pemakanan berlemak dan tinggi gula tanpa kawalan

Setelah berkahwin mereka sudah tidak menjaga penampilan diri lagi.Selagi ada makan di depan mata,sembat sahaja puas-puas.Bagi suami tak hensem lagi pun tak kisah.Badan isteri yang sama saiz dengan almari pun tak kisah kerana pengorbanan untuk anak-anak dan suami.

2.Tahap kepuasan bersenggama yang tinggi mengakibatkan hati senang

Dengan berkahwin jiwa yang runsing dan sepi sudah diatasi.Ini secara tidak langsung menyebabkan hati mereka tenteram.Hasil ketenteraman jiwa ini disusuli dengan aktiviti senggama menambahkan rasa bahagia.Hati senang maka badan pun turut senang.

3.Jangka hayat lebih lama kerana masing-masing ada orang yang menjaga

Sekali lagi orang boroi yang bahagia ada orang mengurus makan dan minum.Ada isteri yang tolong ingatkan masa nak makan.Paling tidakpun ada isteri yang menemankan suami makan.Sedar tidak sedar nasi bertambah dan itulah rutin kebahagiaan orang yang sudah berkahwin.Pemakanan pula teratur biarpun semakin lama semakin boroi.Yang penting hidup bahagia.

Penutup

Kajian tersebut jangan dianggap terlalu tepat.Namun secara logiknya adakah orang yang kusut masai dan kurus kering bagaikan rangka bernyawa itu bahagia.

Saya pun tidak mampu nak menjawabnya kerana jawapan ada pada diri masing-masing.

29 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih . moga bermanfaat hendaknya

      Padam
  2. Gambar ilustrasinya cocok sekali lah tu 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha..alhamdulillah.

      Ilustrasi memang cun dan lawakkan

      Padam
  3. Bila ada orang jaga, memang bahagia. Kalau lelaki saja yang boroi, maksudnya hanya si perempuan yang jaga. Lelaki tak jaga perempuan. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya paling suka kalau tengok kedua pasangan sama boroi..adil dan padan

      Padam
  4. Alhamdulillah suami saya boroi..haha

    BalasPadam
  5. boroi itu seksi dan jg prosperity hahahaha

    BalasPadam
  6. hahaha
    bahagia-bahagia juga
    tapi kalau boroi tu tanda penyakit makin dekat
    hehe

    BalasPadam
  7. Zumal pun bahagia juga nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..itulah yang kita nak.

      Padam
    2. Terasa makin boroi la bro. Tadi nampak penimbang pun rasa seram nak timbang... Bahagia plus derita...

      Padam
  8. Saya akan boroikan lagi suami saya..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu sangat bagus.

      lebih boroi.

      lebih bahagia

      Padam
  9. Nice info... Tapi, boroi tu bukanlah satu kemestian atau tanda perkahwinan itu bahagia atau tidak... Tapi, bila perut boroi itu tandanya penyakit akan datang bertandang. Perlu ingat, punca penyakit adalah dari perut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen yang bernas..

      jika dah terboroi maka kawallah pemakanan tersebut

      Padam
  10. Suami saya makin boroi sejak kami tidak lagi PJJ. Dah dekat, hari2 boleh masak utk suami. Makanan anak2 x habis, suami yg habiskan. Sy x habis mkn, suami juga habiskan. Ini punca boroi utama. Haha

    www.iburayyan.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu adalah lumrah..

      maaf kalau cakap..saya pun jadi human garbage suatu ketika dahulu.

      makanan tak habis saya orang terakhir menghabiskannya

      Padam
  11. Boroi=Bahagia, mungkin juga. Tapi hati-hati,boroi=semakin dekat dgn penyakit juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seboleh-bolehnya jangan boroi..

      mcm 6 pack hehehehe

      Padam
  12. BIARLH BAHAGIA N SENANG HATI TAPI TAK BOROI TENTU LBH HENSEM

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke..

      tak boroi tu hensem..

      in shaa Allah saya kontrol boroi

      Padam
  13. Balasan
    1. boroi tu gemuk pada bahagian perut.

      paling ketara kepada lelaki.

      perempuan pun ada juga

      Padam