Hai semua, Sudah dua hari mata saya kena ketumbit.Dulu selalu kena.Paling dahsyat bila terpaksa jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanju...

Mata Kena Ketumbit

Hai semua,

Sudah dua hari mata saya kena ketumbit.Dulu selalu kena.Paling dahsyat bila terpaksa jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun ketumbit bukanlah penyakit yang berbahaya.Namun jika tidak dirawat boleh mendatangkan rasa kurang selesa apabila berdepan dengan orang ramai.

Ketumbit ialah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman





Ada dua jenis ketumbit.


Stye: Jangkitan kuman yang berpunca pada akar bulu mata (folikel). Ketumbit jenis ini berlaku di pinggir kelopak mata. Jika ia terdapat di dalam kelopak mata, ia digelar hordeolum dan ia berpunca daripada jangkitan kuman pada kelenjar minyak dalam kelopak mata. Ketumbit jenis ini adalah agak menyakitkan, tetapi ia cepat sembuh dalam masa seminggu.

Chalazion: Timbulnya sejenis benjolan pada kelopak mata. Biasanya ia lebih besar berbanding ‘stye’ tetapi ia tidak menyakitkan. Ia adalah keradangan yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar. Dalam sesetengah kes, ‘stye’ boleh menjadi ‘chalazion’. Ketumbit jenis ini boleh berlanjutan hingga sebulan atau lebih.

Sumber : Siraplimau

Berikut adalah cara-cara untuk menghilangkan ketumbit.Pilihlah mana yang rasanya sesuai.Jika tiada juga perubahan positif lebih elok jumpa sahaja tuan doktor,

1.Tuam dengan air suam
2.Tuam dengan sudu yang panas
3.Tuam dengan uncang teh hijau
4.Guna daun sirih
5.Guna bawah putih
6.Guna cuka epal
7.Guna air garam
8.Bersedekah

Penutup

Sehingga artikel ini dikarang mata saya masih belum sembuh sepenuhnya.Cuma rasa kurang selesa dan kurang yakin bila berdepan dengan orang ramai sahaja.

Semoga mata saya cepat sembuh dan tidak melarat.

In shaa Allah saya berusaha dengan cara yang ke lapan yakni bersedekah sebagai ikhtiar paling mudah.

p/s : Bacaan tambahan ---> Kisah Benar Keajaiban Sedekah Menyembuhkan Penyakit

42 ulasan:

  1. assalammualaikum...
    mmg rare cara num 8 tu..bukan sedekah tu yang rare cuma jrng org mention cara begitu sbg salah satu cara menyembuhkan penyakit..nice sharing..tq ingatkan =)

    da ok ke mata tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam..

      setakat komen ini ditaip..ketumbit masih macam biasa.

      Sebenarnya sedekah adalah cara terbaik untuk penyembuhan penyakit..semasa bersedekah niatkan sebagai al sebab untuk dapat kesembuhan..kerana Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi penyembuhan.

      Padam
  2. MOGA SEGERA SEMBUHNYA..MMG SGT XSELESA BIBIR MATA TUMBUH KETUMBIT

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..memang rasa kurang selesa

      tahan sahaja

      Padam
  3. Oh, i see ...
    Kalau di Indonesia,sakit mata ini seperti ini disebut Bintitan.

    Ada cara traditional bisa dicoba,namun sangatlah perih dimata,tapi terbukti ampuh.
    Caranya dengan : mengkompres mata dengan urine kita sendiri [urine pagi hari].

    Semoga cepat sembuh,mas Hanafi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau guna urine tu..

      tak sanggup saya mas..

      memang ada saya dengar petua ini..yakni sapu air kencing sendiri dekat ketumbit tu.

      Padam
    2. Tuch ,,,,benar kata Mas Himawan, di tempat kami disebut bintitan, obatnya air urine, makyuzzz dan murah Mas. hehehe....

      Padam
  4. Semoga lekas sembuh ya, mas!
    Sepertinya saya dulu pernah mengalami radang juga di mata kanan sampai bengkak beberapa hari. Bukan timbilan seperti yang dikira orang-orang, tapi ternyata infeksi kuman setelah pulang dari luar kota. Nggak terlalu sakit sih, tapi mengganggu sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..

      yang penting sabar sahaja.

      Padam
  5. pernah jugak kene, sakit jugak rasanya. huhu. tq untuk petua tu terutama yang no 8 (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. petua nombor memanag terbaik tau!..

      alhamdulillah ketumbit dekat mata saya sudah beransur pulih

      Padam
  6. Semoga cepat sembuh yer. Orang kata ketumbit jadi sebab suka mengintai. Hehe...

    BalasPadam
  7. pakai daun sirih saja lebih alami

    BalasPadam
  8. get well soon ye..sy pernah kena tapi masa budak2 dulu so dah x ingat petua nak cepat sembuh. kalau tak boleh gak share

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya selalu kena..dari zaman kanak-kanak sehingga zaman tua-tua begini

      Padam
  9. Makasih sharenya kang.. Smoga kita dijauhkan dari berbagai penyakit ya kang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin dan terima kasih atas doa ya

      Padam
  10. p/s jangan mengintai org mandi nnt kena ketumbit hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...

      tak berbaloi untuk saya mengintai orang mandi..

      kalau saya nak yang itu..

      lebih baik saya nikah sahaja,,

      aamiin

      Padam
  11. Aduh saya tak nak penyakit tersebut menimpa saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikutkan hati memang kita tak nak ..

      kalau kena juga apa boleh buat la

      Padam
  12. eh iya ini membuat susah aktivitas juga
    kalau aku pernah kena ini dan jadinya pusing (headache)
    GWS mas.

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. alhamdulillah..

      sekarang dah beransur susut

      Padam
  14. Oh, bintitan, ya..semoga lekas sehat, ya. Kalau sama urine janganlah, kan benda najis juga dan kotor..hehe. Nggak ngebayangin berobat pakai itu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya memamg tak mahu menggunakan urine..

      geli sangat walaupun urin sendiri

      Padam
  15. sedekah juga bagus
    katanya kalo sakit ketumbit itu orangnya jarang sedekah yha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak juga..

      cuba bersedekah mempercepatkan proses penyembuhan

      Padam
  16. Semoga sudah sembuh
    Dan semoga rasa sakit yang kita derita bisa menjadi penggugur dosa-dosa kita aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin dan itu memang saya tetap percaya

      Padam
  17. Sudah susut ye ketumbit kat mata? Paling efisien mrhanafi guna cara no berapa? Boleh prepare siap-siap, selalu jugak kena stye tu kat mata >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..

      ketumbit saya 100 % sembuh..

      saya guna cara no 8.

      in shaa Allah

      Padam