Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Hai semua, Mungkin terasa lucu kalau ada orang kata boroi tanda bahagia.Rupanya betul berdasarkan satu kajian Universiti Queensland, Austr...

Hai semua,

Mungkin terasa lucu kalau ada orang kata boroi tanda bahagia.Rupanya betul berdasarkan satu kajian Universiti Queensland, Australia.

Mereka telah mengambil data daripada 15,000 orang dalam tempoh 10 tahun dan mendapati pasangan yang sudah berkahwin naik berat badan 5.7 kg setahun berbanding orang bujang cuma ada kenaikan 1.7kg.

Dalam kajian itu saya mendapati boroi bukan khusus untuk si suami semata-mata.Sebaliknya juga untuk para isteri juga.



Mengikut penyelidikan mereka kenaikan berat badan ini kerana faktor berikut :

1.Pengambilan pemakanan berlemak dan tinggi gula tanpa kawalan

Setelah berkahwin mereka sudah tidak menjaga penampilan diri lagi.Selagi ada makan di depan mata,sembat sahaja puas-puas.Bagi suami tak hensem lagi pun tak kisah.Badan isteri yang sama saiz dengan almari pun tak kisah kerana pengorbanan untuk anak-anak dan suami.

2.Tahap kepuasan bersenggama yang tinggi mengakibatkan hati senang

Dengan berkahwin jiwa yang runsing dan sepi sudah diatasi.Ini secara tidak langsung menyebabkan hati mereka tenteram.Hasil ketenteraman jiwa ini disusuli dengan aktiviti senggama menambahkan rasa bahagia.Hati senang maka badan pun turut senang.

3.Jangka hayat lebih lama kerana masing-masing ada orang yang menjaga

Sekali lagi orang boroi yang bahagia ada orang mengurus makan dan minum.Ada isteri yang tolong ingatkan masa nak makan.Paling tidakpun ada isteri yang menemankan suami makan.Sedar tidak sedar nasi bertambah dan itulah rutin kebahagiaan orang yang sudah berkahwin.Pemakanan pula teratur biarpun semakin lama semakin boroi.Yang penting hidup bahagia.

Penutup

Kajian tersebut jangan dianggap terlalu tepat.Namun secara logiknya adakah orang yang kusut masai dan kurus kering bagaikan rangka bernyawa itu bahagia.

Saya pun tidak mampu nak menjawabnya kerana jawapan ada pada diri masing-masing.

Hai semua, Maaf terlebih dahulu,sebab saya nak kongsikan sesuatu yang kurang sopan bagi sesetengah orang.iaitu informasi  akibat kurang se...

Hai semua,

Maaf terlebih dahulu,sebab saya nak kongsikan sesuatu yang kurang sopan bagi sesetengah orang.iaitu informasi akibat kurang senggama.Informasi ini hanya sah digunapakai bagi pasangan suami isteri yang sah sahaja.

Belum sah belum dapat pakai la.

Kalau faham kita teruskan sahaja.

Tujuan perkahwian memang untuk menghalalkan hubungan lelaki dan wanita dalam semua aspek kehidupan termasuk hubungan senggama.

Namun begitu akan berlaku masalah kesihatan kalau kurang bersenggama.

Jika terlebih pun sama.

Dalam artikel ini saya nak berkongsi info akibat kurang senggama sahaja.Lain-lain info yang berkaitan  akan saya kongsikan pada masa yang lain pula.Itupun kalau ada info yang saya rasa menarik untuk dikongsikan

Akibat kurang senggama


1.Antibodi berkurangan

Pasangan yang sangat kurang melakukan hubungan senggama akan mudah sakit.Sistem pertahanan badan atau antibodi kurang lancar.

2.Sentiasa stress

Kerap melakukan senggama akan menurunkan stress kepada suami isteri.Ketika hubungan senggama dilakukan badan akan lebih tenang dan dan rileks setelah orgasma berlalu.Kurang senggama maka lebih stress..

3.Ejakulasi pramatang

Hubungan senggama yang sangat kurang akan menyebab suami mudah ejakulasi.Mereka tidak mampu menahan terlalu lama kerana rasa sensasi terlalu tinggi  pada alat sulit.Jadi cuba untuk kerapkan senggama agar suami mampu mengawal diri dengan lebih baik.

4.Cinta berkurangan

Apabila hubungan badan berkurangan rasa sayang dan cinta turut sama berkurangan.Pasangan akan merasakan diri mereka diabaikam atau mengabaikan.Lama-lama perkahwinan akan hancur juga.

5.Kanser Prostat

Sejenis kanser yang amat ditakuti oleh kaum lelaki.Cara untuk menghindarkannya dengan cara paling mudah ialah melakukan hubungan senggama.Pendek kata jangan biarkan "air penuh" terlalu lama.

6.Vagina kering

Akibat tiada aktiviti senggana yang terlalu lama kemungkinan dinding vagina akan kering.Keadaan ini akan menyebabkan rasa kurang selesa.Mungkin juga mengurangkan kenikmatan pada hubungan badan itu sendiri.

Penutup

Sekarang tiada alasan untuk mengabaikan kepentingan melakukan senggama dalam rumahtangga.

Memang tidak dinafikan kesibukan dan keletihan bekerja seharian menjadi alasan untuk mengelak dari aktiviti tinggalan nenek moyang kita ini.

Dulu-dulu moyang kita melakukan dengan rela hati dan mengapa sekarang anak cicit mereka enggan melakukan dengan penuh kerelaan.

Sama-sama kita fikirkan.

Tenaga batin suami isteri amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga.Suami yang gagah bagaikan arjuna dan isteri yang mantap bagaikan bidada...

Tenaga batin suami isteri amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga.Suami yang gagah bagaikan arjuna dan isteri yang mantap bagaikan bidadari.Barulah hubungan lebih nikmat dan lebih seronok.

Nak tahu tak ?

Kalau nak tahu saya kongsikan info untuk makanan tenaga batin suami isteri hasil dari pembacaan saya ke atas beberapa blog.

Menurut blog Butter Kicap berikut ialah makanan yang sangat bagus diambil.Khasnya untuk mereka yang inginkan tenaga batin untuk dikagumi oleh pasangan masing-masing.

Boleh cuba.

Jangan malu-malu untuk perkara kebaikan.

1.Kacang bendi

Sayur yang saya kenali sebagai 'Finger Lady' ini mempunyai vitamin dan zat galian seperti vitamin A, C, K, B6, folat, zink, zat besi, potasium dan magnesium.

2.Tongkat ali

Herba yang sudah sedia dimaklumi oleh kaum lelaki untuk tenaga.Tongkat ali berfungsi untuk  meningkatkan level hormon testeron untuk memastikan tubuh badan segar dan kuat.Ehem!

3.Kayu manis


Saya kalau masak ayam wajib ada kayu manis.Rupa-rupanya kayu manis boleh memanaskan badan baik kepada isteri ataupun suami.Bila badan dah panas tentulah keinginan untuk 'bersama' akan membara.

4.Bawang putih

Tak sangka walaupun bawang putih mempunyai bau yang kurang enak tetapi boleh memberi khasiat melancarkan darah.Tatkala darah semakin lancar mengalir pastinya 'keris taming sari' suami terpacak selalu.

5.Cili

Siapa makan cili dia akan rasa pedas.Memang betul kerana cili ada bahan-bahan yang boleh memberi rasa sensasi pada kulit dan sentuhan.Dengan sentuhan romatis tak susah 'pintu gua' boleh terbuka.Suami pula hanya perlu mendayung penuh  bergaya.

6.Pisang

Ada individu yang nakal sering mengaitkan pisang dengan bentuk organ sulit lelaki.Tak baik begitu.Buah pisang sebenarnya ada sejenis enzim iaitu bromelain yang meningkatkan tenaga batin dan memberikan ransangan asmara yang tinggi.Wow!

7.Cokelat

Saya secara semujadinya suka makan cokelat.Namun belum mampu nak beli selalu.Rupa-rupanya cokelat ada bahan kimia feniltilamin.Bahan ini membangkitkan rasa cinta dan mencintai kepada pasangan untuk beraksi di kamar.Cukup.Jangan lebih-lebih.

Selepas kita mengetahui makanan yang bagus untuk tenaga batin suami dan isteri,jom kita selongkar pula pantang larang untuk kaum lelaki.

Jika boleh berpantang dengan perkara tersebut,saya percaya kelakian anda akan semakin kekar dan mengujakan.Tidak hairan sang isteri menyayangi sang suami sepenuh hati.




Info ini saya perolehi dari blog Maskulin.

1.Jangan minum air berais

Memang tidak dinafikan air yang berais dan sejuk seperti salji sangat nikmat untuk tekak.Namun awas kerana minuman berais akan melembikkan 'burung' lelaki.Akibatnya boleh rasa ngilu ketika beraksi bersama isteri pada malam Jumaat.

2.Jangan amalkan makanan sejuk beku

Kadang-kadang kita sayang nak buang makanan yang tak habis makan malam.Akibatnya kita simpan dalam peti ais.Keesokannya kita panaskan balik.Namun kesan dari cara ini akan menyebabkan 'burung' suami akan muntah awal sebelum penghujung cerita.Agak mengecewakan kalau berlaku.

3.Jangan makan berulam air.

Maksudnya selepas makan terus mimum air.Makan lagi dan minum lagi.Kesannya barang suami akan mudah rasa ngilu terutama pada bahagian 'batang berjuntai' tu.Tak best la kalau begitu.

4.Jangan makan kepak ayam

Kalau pergi ke restoren Uncle janggut putih akan ada seorang gadis cantik bagi tawatan menarik.Nak peha atau nak dada.Sebaiknya pilih sahaja peha dan dada sekali gus.Jangan pilih sayap ayam kerana menurut kepercayaan boleh melemah keris taming sari sang arjuna.

5.Jangan minum air selepas 11.00 malam

Dikatakan boleh melemahkan pinggang dan mendatangkan penyakit serta sengal badan.Betul atau tidak saya tidak pasti.Cuma kalau tidak haus buat apalah nak minum air.Kecuali haus kepada belaian pasangan anda maka saya tiada nak komen apa-apa.

Rasa belum puas pulak pencarian saya terhadap infomasi berkaitan makanan untuk batin suami isteri.

Lantas saya membaca pula blog Seri Cinta.

Berikut ialah amalan baik untuk mereka yang mengutamakan kebahagiaan rumahtangga khususnya dalam hubungan suami isteri.

1.Jangan makan terlebih kenyang

Perut yang sentiasa penuh dengan makanan akan melemahkan batin.Menurut catatan blog tersebut perut yang sering lapar akan menambahkan kekuatan batin.Ikut logiknya macam betul kerana orang yang berbadan ideal mempunyai keupayaan berasrama jauh lebih baik dari mereka yang obesiti.Betul ke atau tidak saya tak berani komen lebih-lebih.

2.Memakan makanan yang banyak sumber zink

Unsur zink menambahkan sel darah merah.Sel ini berfungsi untuk melancarkan sistem reproduksi.Secara tidak langsung tenaga batin  badan boleh bertambah baik dan berada pada tip top.Kalau dah begitu keadaanya, apa-apa posisi hubungan badan tidak akan ada masalah tau!

3.Makan buah-buhan segar

Buah pisang,buah epal dan anggur sangat bagus untuk kesihatan.Lebih-lebih lagi untuk kesihatan batin agar lebih tegak mencanak,lebih juicy dan kekenyalan pada tempat yang tidak boleh saya sebutkan dalam artikel ini.Kalau faham tak pe.

4.Elakkan makanan segera

Sebabnya makanan ini penyumbang kolestrol tidak baik.Badan yang tinggi kolestol akan melemahkan tenaga batin.Berlebihan  kolestrol juga menjemput  'gang and group' penyakit ke dalam badan.Nak sihat jaga kesihatan dengan pengawalan makanan secara teliti.

5.Amalkan pengambilan vitamin c dan sumber protien susu

Gabungan dari dua elemen ini akan meningkatkan sistem pertahanan dan antibodi badan.Senang cerita,badan sihat dan tenaga batin meningkat.Kurangkan juga pengambilan daging merah walaupun ia adalah sumber utama kekuatan batin.Terlalu kuat tenaga batin tanpa kawalan diri boleh juga mendatangkan mudarat kepada diri dan pasangan.

Kesimpulan.

Makanan tenaga batin suami isteri bukan bertujuan untuk aktiviti kelamin semata-mata.Objektifnya lebih dari itu yakni membina kesihatan yang optima.

Badan yang sihat bermula dengan pemakanan yang berzat.

Tentulah tidak keterlaluan saya mendoakan pembaca yang singgah di blog Urat Sihat agar lebih kuat dan nikmat sepanjang hidup mereka sebagai suami dan isteri.

Jika nak tahu lagi boleh juga tengok kisah suami melalui banner bawah ini.



Ibubapa akan lebih bahagia jika anak kecil mereka tidur awal pada malam hari.Ibubapa lebih masa untuk berehat dan lebih masa untuk aktiviti ...

Ibubapa akan lebih bahagia jika anak kecil mereka tidur awal pada malam hari.Ibubapa lebih masa untuk berehat dan lebih masa untuk aktiviti pasangan suami isteri.

Anak tidur lebih awal akan lebih sihat.Tumbesaran lebih sempurna dan paling penting juga masa berkualiti pasangan suami isteri.

Rata-rata ibubapa memang bekerja.Masa untuk berehat sangat diperlukan.Ini tidak bermakna kualiiti kasih sayang terhadap anak dikurangkan.

Tidak sama sekali.


Menidurkan anak pada awal waktu adalah bukti kasih sayang.

Saya nak berkongsi tip untuk menidurkan anak supaya mereka boleh tidur awal.

1.Hadkan masa penggunaan gajet sebelum tidur

Biasakan anak kecil untuk tidur seawal jam 8.30 malam.Jangan bagi tab atau handphone dalam waktu yang terdekat untuk tidur.Misalnya jarak 2 jam sebelum tidur.

2.Memaksimumkan aktiviti harian anak-anak

Biarkan mereka aktif  bermain pada sebelah petang.Keletihan mereka akan memudahkan mata untuk terlelap pada malam hari.

3.Jangan bagi anak kecil minum air yang ada kafien

Kopi atau teh adalah minuman yang kurang bagus untuk anak-anak anda.Begitu juga dengan air bikarbonat yang turut mengandungi kafien.

4.Sediakan bilik tidur yang sesuai

Bilik tidur anak-anak yang gelap dan selesa akan memudahkan mereka tidur.Jangan abaikan aspek ini.

5.Dodoikan dengan membaca buku cerita

Sejujurnya bukan budaya kita.Namun ia boleh dipraktis kerana budaya membaca amat digalakkan kepada anak dalam usia yang muda lagi.

Penutup

Latihkan anak kecil anda untuk tidur awal waktu.Mereka sihat ibubapa pula lebih bahagia.Manalah tahu nak tambah adik yang baru lagi.

Jangan lupa si emak yang nak hamil lagi digalakkan untuk membaca Ikhtiar Hamil Dengan Colostrum

-uratsihat-