Hai semua! Ada isu terbaru yang saya baca dari portal berita berkenaan punca rakyat di negara ini menjadi murung. Berdasarkan Kajian Kes...

Punca Rakyat Malaysia Menjadi Murung

Hai semua!

Ada isu terbaru yang saya baca dari portal berita berkenaan punca rakyat di negara ini menjadi murung.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 ada 300 ribu rakyat Malaysia dilaporkan telah mengalami kemurungan.

Berikut adalah penyebabnya :

1.Mood tidak teratur

Biasanya orang perempuan.Lelaki pun ada juga.

2.Faktor keturunan

Memang tidak dinafikan.Jika ada asal usul yang mempunyai pesakit mental tidak mustahil keluarga pun terbabit sama.

3.Ubat-ubatan

Ubat yang telah menghancurkan sistem badan.Paling kronik mengganggu kestabilan kimia dalam otak

4.Penyakit kronik

Mereka yang diuji dengan sakit teruk memang murung.Lebih-lebih lagi jika penyakit yang dideritai berlarutan dalam tempoh yang sangat lama.

Dah selesai satu perkara!

Selain itu saya juga menemui penjelasan yang sangat ilmiah dalam Facebook.Saya kongsikan kembali dengan santai dan ringkas.

Artikel tersebut telah ditulis oleh Puan Hajjah Kamiliah Abu.Beliau merupakan seorang Ketua Pengawai Psikologi Uitm (30/9/2011)



Definisi murung

Seseorang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius sehingga mereka putus harapan,sunyi sangat,sedih melampau dan kepiluan yang ekstrem.

Saya dah tak larat nak senaraikan semua kerana saya pulak jadi murung selepas membacanya nanti.

Punca :

1.Trauma fikiran

2.Masalah kesihatan

3.Masalah berat

4.Meroyan selepas bersalin

Tanda-tanda :

1.Kesunyian yang berpanjangan

2.Sukar untuk tidur

3.Tidur belebihan

4.Tidak bermaya

5.Hilang selera makan

6.Makan berlebihan

7.Sangat senstif

8.Suka menyendiri

9.Rasa bersalah

10.Rasa nak mati

11.Mudah marah

12,Kurang tenteram

13.Suka berkhayal

14.Sukar membuat keputusan

15.Bergantung kepada ubat-ubatan

16.Pelbagai simptom penyakit

Cara mengatasi :

1.Dapatkan bantuan pakar yang berkaitan

2.Dekatkan diri kepada Allah SWT

3.Elakkan hidup bersendirian

4.Menangis sepuas hati

5.Kuatkan semagat

6.Baca buku motivasi


Penutup

Selepas menulis artikel ini saya pula rasa murung.Hati menjadi sepi dan sunyi.Hidup ini bagaikan tidak bererti lagi.

Eleh!

Cakap sahaja tu.

Saya amat menyarankan kepada pembaca yang ada ciri-ciri murung seperti diatas bersegeralah mencari pasangan hidup bagi yang masih solo.

Jika sudah berkahwin carilah malam Jumaat atau malam yang dirasakan indah dan sesuai.

Jangan pulak nak tanya saya nak buat apa pada malam tu ?

Sehingga kita berjumpa lagi.

Saya tinggalkan formula paling ampuh untuk mengelakkan kemurungan bagi orang Islam ialah solat.




8 ulasan:

  1. Murung ni sebenarnya kalau tidak diurus dengan baik, bahaya juga...

    Thanks sharing info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat bahaya..

      kalau dah kronik boleh jadi gila la jawapnya

      Padam
  2. Alhamdulillah... Hana dah bebas dari simptom2 kemurungan hahah! ^_^ nice sharing!!! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. luar biasa...

      sila kekalkan semangat dan fikiran yang bersih

      Padam
  3. baca entry ni trs tingat artis k-pop yg meninggal tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yalahkan.

      ramai peminat pun masih boleh murung

      Padam
  4. p/s sy nak minta emel boleh tak?

    BalasPadam