Saya pernah guna tips hilangkan stress ini.Sebab itu saya suka nak berkongsi dalam artikel ini.
Memang terbaik.Amat berkesan kepada mereka yang selalu stress sama ada dirumah atau ditempat kerja.
Tips ini percuma dan tidak perlukan bayaran untuk kalian yang mencuba.
Stress adalah perkara alami.Semua orang yang ada hati dan perasaan akan mengalaminya.Tidak kira kepada mereka hidup senang maupun hidup susah.
Saya yakin golongan yang sentiasa stress dengan cabaran hidup ialah kaum lelaki.Mereka terdedah kepada stress kerana tabiat suka memikir sudut negatif setiap masa dan ketika.Selain itu mereka ketua keluarga yang bertanggungjawab mencari nafkah siang dan malam.
Saya nak berkongsikan tips hebat ini.Jika stress anda bertambah kronik tolong jumpa pakar kaunseling.Apa yang saya kongsi ini adalah saranan orang biasa.
Orang biasa yang kebanyakkan memang terdedah kepada stress.
Untuk hilangkan stress yang ringan kalian cuma perlu ikuti apa yang saya kongsikan ini.Jangan banyak soal.Lagi banyak soal maka lagi stress kepala anda nanti.
Langkah pertama ialan tarik nafas sedalam yang boleh.
Ulangi langkah ini selama 10 kali dengan hitungan 5 saat tarik nafas,tahan selama 3 saat dan hembuskan perlahan selama 7 saat.
Kalau boleh lakukan dengan menutup mata supaya lebih fokus dan rileks.
Ketika menarik nafas cuba bayangkan perkara-perkara yang baik,positif dan yang indah-indah.
Sekiranya sukar untuk berbuat demikian cuba bayangan udara yang kita sedut dalam bebola buih yang cantik dan berwarna warni .
Kalau saya suka bayangkan gelembung berwarna putih,suci dan bersih.
Bayangkan gelembung atau buih yang berwarna putih ini masuk ke dalam mulut anda satu persatu.
Minda anda akan rasa seronok dan gembira kerana berjaya menelan gelembung tersebut.
Selepas itu pula hembuskan nafas perlahan-lahan sambil membayangkan gelembung yang berwarna hitam atau berduri terlepas dan meletup satu persatu.
Pada ketika itu bayangkan apa yang keluar itu adalah perasaan bosan,sedih,kecewa dan sebagainya.
Arahkan minda untuk lepaskan sebanyak –banyak yang boleh.
Setelah satu minit berlalu kalian cuba katakan pada diri sendiri bahawa kalian ini akan lebih segar,tenang,gembira dan ceria sebaik sahaja membuka mata dalam sesi rawatan diri sendiri tersebut.
Buat hitungan 1 sampai 5.
In Shaa Allah stress yang anda alami boleh beransur surut.
Penutup
Buat selalu dan anda akan lebih mahir.Jangan berputus untuk mencuba dan berlatih sehingga berjaya.
Saya percaya anda semua akan hilangkan stress dalam masa seminit.
Lagipun tak susah.
Cuma fikiran yang buntu dan hati yang resah sedikit sebanyak boleh menghalang anda untuk mencubanya
Sehingga jumpa lagi.
Salam ceria dan gembira selalu hendaknya.

terima kasih berkongsi insya allah akn cuba praktikkan
BalasPadamKalau boleh jangan stress..
Padamjadi tak perlu la cuba-cuba tip ini hahaha
Kena praktis selalu. Mula2 mmg xjadi. Dan kena pikir positif masa buat tu kan.
BalasPadamkuasa pemikiran positif memang diperlukan
PadamSaya akan praktikkan ni terutama ketika time stress dgn sikap anak 😁 thanks for sharing, a great tips.
BalasPadamalhamdulillah..
Padamjangan diturut sangat hati yang berduka dan lara dengan anak..
budak-budak biasa.
Mmg tgh stress..boleh praktis ni, selalu cari snek comfort food..
BalasPadamkreatif bermain dengan minda sahaja tuan
PadamTak pernah bayang masukkan buih dalam mulut, kena praktis dulu untuk biasakan diri kan?
BalasPadamsaya memang sarankan untuk berlatih dulu..
Padamdah pandai...
senang berimaginasi dengan sangat kreatif
Good tips. In shaa Allah..nanti saya cuba
BalasPadamboleh dicuba..
Padamkalau tak stress pun boleh cuba.
bagus tips ni skrg tgh stress dgn anak2 cuti sekolah. asyik gaduh jer..
BalasPadamanak-anak gaduh itu adalah pembelajaran untuk mereka..
Padamstay cool je.
Bila stress, saya paksa diri saya utk senyum selebar mungkin. Nampak mcm gila, tapi bila senyum ni automatik kita akan rasa lebih happy, walaupun sikit. Bila dah redha stress baru boleh berfikir dengan waras balik.
BalasPadambagus juga tip ini...
Padamboleh dicuba jika ada stress melanda.
Semudah tarik nafas dan berfikir yang baik-baikkan... Tapi tak ramai yang cuba praktik. Kena sama-sama jadikan amalan...
BalasPadammemang mudah sebenarnya kalau dapat mengawal fikiran
PadamNice sharing, nanti nak praktik juga ler...
BalasPadamcuba la bro..
Padamsangat membantu jika sudah terkena stress