Hai semua, Saya nak kongsi benda baru yang saya nak tahu iaitu kanser limfoma.Sebagai orang awam dan bukan pengamal perubatan istilah ini ...

Ketahui Kanser Limfoma

Hai semua,

Saya nak kongsi benda baru yang saya nak tahu iaitu kanser limfoma.Sebagai orang awam dan bukan pengamal perubatan istilah ini sangat jarang ditemui buat saya, Namun oleh kerana saya ada rasa ingin tahu,saya kongsikan juga untuk pembaca yang singgah di blog ini. Sebab sebelum ini pernah terdengar seorang artis mengidap kanser Limfoma.

Kanser Limfoma


Jom kita teliti apa yang saya petik dari portal berita Sinar.my.Informasi ini telah dikongsikan oleh Dr Rafidah Abdullah, Pakar Peunding Perubatan.

Limfoma atau barah kelenjar limfa dalam badan bukan sama dengan barah yang lain. Ianya banyak jenis; rawatan dan prognosis juga tidak sama. Ia terbahagi kepada Non-Hodgkins Lymphoma (NHL; gambar di bawah adalah dari internet dimana tahap IV ) dan Hodgkins Lymphoma. Yang kedua adalah lebih agresif sedikit. 

Ya, bergantung kepada jenis, rawatan biasanya kemoterapi / radioterapi dan ada beberapa lagi. Doktor akan ambil tisu dan beberapa ujian terperinci untuk membuat keputusan apa rawatan yang sesuai. Kebiasaannya bermula dengan kelenjar limfa yang bengkak. 

Kalau di leher kita itu, agak biasa bengkak bila kita mengalami kuman infeksi; itulah reaksi biasa bilamana badan kita mengalami proses untuk melawan kuman tersebut. Kalau bengkak kejap, ok. Tapi kalau bengkak tidak baik, elok berjumpa dengan Doktor. Tambah lagi kalau ada simptom sistemik yang lain seperti demam, letih & lesu. 

 Tapi yang tentunya tidak boleh pukul rata semua orang rawatannya sama. Bergantung kepada jenisnya juga. Jika anda tidak tahan dengan apa-apa rawatan, bincang dengan Doktor yang merawat. Ianya boleh di kurangkan dos, ditukar dan pelbagai cara lagi.

Penutup

Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.Mungkin ada yang mengidap penyakit tetapi belum sembuh lagi.

Mereka sudah berusaha berubat dengan segala upaya namun belum berjaya..Itu maksudnya perlu tingkatkan kesabaran dan gandakan usaha tahap maksima.

Selebihnya bertawakal dan redha kepada Allah SWT.

Akhir kata jagalah kesihatan untuk sihat sepanjang hayat.

Sehingga jumpa lagi.

Baca juga  >>  Zikir Murah Rezeki Yang Mudah Diamalkan Tapi Luarbiasa Hebatnya.

18 ulasan:

  1. Tq for sharinhg. info yg berguna. kadang2 bila bengkak di leher atau di mana-mana kawasan badan tu sy selalu biarkan je, insyaallah pasni lebih ambil berat tentang badan sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga-moga kita dijauhkan dari ujian seperti ini.

      Padam
  2. Nice sharing, minta dijauhkanlah penyakit-penyakit seperti ini...

    BalasPadam
  3. Bahaya rupanya kalau ada bengkak yang berlanjutan, rasanya saya ada. Risau pulak >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk mengelakkan kerisauan adalah amat elok jumpa doktor

      Padam
  4. nice sharing encik,.... mintak di jauhkan dr terjadi kt kita ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..

      moga-moga kita dijauhkan

      Padam
  5. Paling gerun dengan penyakit kanser :'( Moga-moga dijauhkan
    .
    Thanks for sharing!!

    BalasPadam
  6. TKSH PRKONGSIANYA MOGA ALLAH LIDUNG KITA DRPD SBRAG KERUMITAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..

      moga kita semua dijauhkan dari ujian dan dugaan begini

      Padam
  7. Semoga kita dijauhkan dari penyakit ini, aamin.

    Harus lebih waspada ika ada yang tdak beres dengan tubuh, seperti benjolan ini. Harus cepat diperiksakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu sebab perlu ada check kesihatan secara berkala untuk memastikan kesihatan kita dalam kondisi tip top

      Padam
  8. sy sangka kanser ni ada kaitan dgn perokok tp yg x merokok pun boleh kena jg

    BalasPadam
    Balasan
    1. kanser adalah silent killer..

      ia tak kenal siapa pun anda..

      yang penting ada sel.

      sebab kanser adalah pertumbuhan sel yang luarbiasa

      Padam
  9. Nice sharing.. risau juga bila tiba-tiba ada timbul bengkak-bengkak ni. Kalau dulu betullah buat tak tahu tapi sekarang tak boleh dah

    BalasPadam