Assalaamualaikum dan selamat sejahtera ! Saya tertarik untuk mengikuti satu segmen anjuran seorang blogger Azah Rahaman.Kebetulan sekarang...

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera !

Saya tertarik untuk mengikuti satu segmen anjuran seorang blogger Azah Rahaman.Kebetulan sekarang ini saya banyak masa dalam dunia blog dan online.Jadi terdetik dalam hati apalah salahnya menyisihkan sedikit waktu bersama komuniti blogger dari platform Blogspot.

Mungkin mereka tidak mengenali saya dan saya juga tidak mengenali mereka.

Justeru dengan peluang untuk mengikuti segmen "aku seorang blogger" ini akan terjalin ukhuwah dan silaturrahim.Moga-moga dengan niat yang tulus murni akan terbuka pintu rezeki dari pelbagai arah untuk kita semua. 

Aamiin.

Untuk mengikuti segmen ini amat mudah.Paling utama silalah follow blog azahrahaman dan follow Google+ azahrahaman.

Sangat mudahkan.

Sungguhpun begitu saya teruja sebenarnya untuk menceritakan beberapa perkara yang menjadi syarat dalam segmen ini.

Ada empat yang perlu kita kongsikan berkaitan dunia blogger.Itulah yang syoknya.



1.Bila blog ditubuhkan

Saya kenal dunia blog sejak tahun 2009 lagi.Namun keaktifan saya menulis dengan konsisten pada penghujung tahun 2012.

Banyak blog telah saya bina dan salah satu blog utama saya ialah mrhanafi dot com.Namun blog tersebut masih " berehat" sehingga hujung bulan ini.

Jadi lebih molek saya nak ceritakan tentang blog ini sahaja iaitu blog Urat Sihat.Penubuhannya pada Januari tahun 2018 dan merupakan blog terkini yang saya bina sejak bergelar blogger.

2.Maksud nama blog dan URL

Nama blog ini ialah Urat Sihat dan masih menggunakan domain blogspot.Buat masa terdekat belum terfikir lagi untuk mengkomersialkan menjadi dot com atau dot my.

Dari segi maksud, blog ini untuk perkongsian informasi kesihatan  dan niche hubungan intim suami isteri.Memang agak jangkal juga menulis bab 'panas' tetapi segmentasi terkini, saya perhatikan ramai pembaca terdiri dari golongan suami orang dan isteri orang.Tak terkecuali ada segelintir jejaka idaman dan dara pujaan.

Blog Urat Sihat merujuk kepada aliran darah dan itulah aliran nadi kehidupan.Orang sihat lebih bahagia.Untuk sihat perlu kepada informasi berbentuk kesihatan dan sewaktu dengannya

Agak berani juga saya mengenakan tagline "lebih kuat,lebih nikmat".

Terpulang kepada minda pembaca sama ada untuk mentafsir topik dewasa atau topik umum.

3.Pengalaman sebagai blogger 

Sejak tahun 2009 saya mengutip banyak pengalaman pahit dan manis sebagai blogger separuh masa dan kini sudah bergelar blogger sepenuh masa.

Pengalaman ini saya sulam dan saya garap dalam bentuk penulisan dalam beberapa blog.Lebih-lebih lagi dalam blog mrhanafi dot com.

Jika ditimbang tara ternyata pengalaman pahit lebih berat berbanding pengalaman manis dalam dunia blogger.Saya akui pengalaman pahit ada hikmahnya yang tersendiri dan pengalaman manis adalah ganjaran dikemudian hari.

Saya pernah terkilan kerana tidak mampu untuk renew domain blog.Ada 3 domain blog yang tidak dapat saya renew akibat kekangan kewangan.

Selain itu saya telah 'kehilangan keluarga' gara-gara menjadi blogger sepenuh masa.Bayangkan dengan pendapatan tidak menentu dan tidak mencukupi memang sukar untuk menyara kehidupan.

Jangankan nak sara anak isteri,nak sara diri sendiri pun tak lepas.Akibatnya saya terpaksa menjalani kehidupan sebatang kara,Keluarga tidak menerima saya lagi kerana saya tidak memillki apa-apa sekarang ini.

Cabaran ini amat pahit untuk ditelan namun saya redha kerana rezeki itu, Allah SWT yang bagi.Bukan dari blog atau jabatan ataupun majikan maupun bisnes.

Tentu tidak adil juga saya bercerita pengalaman pahit sahaja.Sedikit sebanyak ada juga pengalaman manis untuk kongsikan dalam segmen ini.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah diserap sebagai blogger profesional dalam satu organisasi media dengan pendapatan tetap.

Selain itu saya pernah menerima undangan beberapa NGO untuk menyertai aktiviti mereka.Dengan imbuhan makan percuma,minum percuma dan tiket percuma memang terharu juga rasanya.

Malah sekarang ini saya ada juga dibelanja makan dan minum jika mereka tahu saya seorang blogger.Itulah harga idea dan jenama saya penulis blog.

Dalam bab duit saya agak kebelakang dalam bidang blog ini.Mungkin penulisan belum mantap dan penyampaian idea kurang menyengat menyebabkan kadar trafik blog saya tercorot.

Mungkin masih lemah bab teknikal seperti SEO,template dan setting plug in.

Itupun saya anggap pengalaman manis kerana jika semua blogger berjaya siapalah yang mengisi ruang sebagai blogger kurang berjaya.

Kehidupan ini ada timbal balik dan saya ketika kini terpilih untuk diuji sebagai blogger belum berjaya sebagai 'Freelance'.

4.Nasihat untuk blogger

Perkataan nasihat saya gantikan dengan pesanan.Saya sedar diri bahawa saya tidak layak untuk saya bagi nasihat kepada rakan-rakan blogger yang sudah mengisi slot blogger berjaya.

Saya cuma mampu dan itupun dengan rasa rendah hati ingin berkongsi pesanan berharga kepada rakan-rakan blogger yang senasib dan yang masih baru dalam dunia blogger.

Ingat satu sahaja " dengar apa yang nak dikata dan bukan nilaikan orang yang berkata "

Sepanjang penglibatan saya sebagai blogger saya perhatikan gaya penulisan banyak mempengaruhi kejayaan blogger.Penyampaian mesej yang jelas dan susunan idea yang teratur memberi kefahaman kepada pembaca.

Selain itu blogger mesti aktif menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Youtube.Mereka mengumpul follower sebanyak yang mungkin.

Jangan hairan follower yang ramai adalah prasyarat untuk mendapat slot advertorial,kolaborasi dan review produk.

Blogger wajar berlatih menulis supaya lebih mahir dan sedap dibaca.Template blog dan tahap kelajuan juga diambil kira.

Malah jangan takut untuk belajar SEO supaya artikel kita muncul di enjin carian.Dalam jangka masa panjang amat beruntung jika sudah menguasai bab SEO ini.Jika tidak blog kita cuma dibaca sesama kita sahaja.

Rasanya itu sahaja pesanan saya kerana segan nak bercoleteh panjang.lebar.

Lebih segan lagi kalau pesanan itu cakap tidak serupa bikin,umpama ayam jantan berkokok pagi tetapi ekornya bergelumang dengan tahi..

Cewah macam Karam Sing Walia la pulak.

Penutup

Akhir kata jom la kita sertai #SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!.

Masing-masing pasti ada cerita yang tersendiri untuk dikongsikan.

Mudah-mudahan dengan segmen begini kita kekal berukhuwah dan saling mengenali antara satu sama lain.

Terima kasih dan jumpa lagi.

27 ulasan:

  1. fuhhh info yang sangat bernasss :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...

      terima kasih kerana sudi singgah

      Padam
  2. Wahh blogger senior yg boleh jadi contoh ni heheh ^^ teruskan blogging tau! good luck!!! :D And thank you sudi tinggalkan kata2 semangat kat blog saya ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya blogger warga emas la..

      sama-sama kita memberi motivasi kepada diri sendiri hahahaha

      Padam
  3. biar betul ni? smpi 'kehilangan keluarga'?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul.

      cuma saya tidak hebohkan dalam blog dan media sosial.

      kini saya kembali solo selepas 16 tahun berumahtangga.

      Padam
  4. part paling sebak saya baca adalah part pengalaman pahit. mohon maaf dari hati andai pengalaman itu sedikit sebanyak menjentik hati saudara. saya faham situasi sedemikian. saya doakan saudara dicekalkan hati dalam meniti hari-hari seterusnya. in shaa Allah akan ada yang lebih baik dan baik selepas ini.


    tahniah di atas pesanan yang disampaikan. banyak input yang saya dapat pada harini. terima kasih sudi menyertai segmen saya, hanyalah segmen biasa yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.


    tahniah jua atas kenangan manis yang diceritakan. saya kagum dengan pencapaian saudara. teruskan berblogging. jadikan kenangan lalu sebagai pemangkin untuk kembali bersemangat di masa hadapan. terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe..

      saya belajar untuk redha.

      sebagai blogger saya harap kisah saya itu boleh dijadikan iktibar bahawa blogger bukanlah kerjaya mudah seperti yang disangkakan.

      tulis dan dapat duit..

      itu adalah teori yang digula-gulakan oleh mereka yang tidak faham kerjaya mulia ini..

      apa-apapun terima kasih kembali kerana memberi perhatian kepada perkongsian pengalaman saya sebagai blogger.

      Padam
  5. Selamat bersegmen ye mrhanafi :)

    BalasPadam
  6. Semua mrhanafi tabah dengan ujian ye..semoga Allah lapangkan ruang rezeki mrhanafi selepas ini. Sedih baca :(

    BalasPadam
  7. Wah! bestlah segmen ni. Sempat lagi tak kalau Mrs. A nak join.

    Semoga tabah dalam mengharungi kehidupan yang mendatang. Bersangka baik padaNYA pasti ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sempat..joinlah.

      terima kasih mendoakan kejayaan buat saya..aamiin

      Padam
  8. membalas kunjungan .. ^^
    sebak bila baca kenangan pahit saudara.
    ape pon semoga saudara tabah dalam apa jua yang saudara hadapi.
    terima kasih juga atas nasihat saudara kpd blogger baru mcm kami..

    https://z3tty.blogspot.my/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa-apapun terjadi ia adalah ujian untuk memantapkan iman..

      terima kasih kerana sudi singgah dan prihatin dengan keadaan saya.

      Padam
  9. salam perkenalan juga. dan terima kasih kerana sudi datang ke blog entah apa-apa ini.

    BalasPadam
  10. Tegang urat juga baca pengalaman sifu saya ni, semoga dipermudahkan segalanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pelah bro..

      ini adalah ujian yang perlu saya hadapi

      Padam
  11. Blogwalking here! dtg dari segmen yg sama jugak :)
    semoga segala yang pahit akan manis di akhirnya nanti.
    semua tu ade hikmah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah dan terima kasih kerana sudi datang.

      Padam
  12. wahh tahniah! jd blogger profesional...boleh jd pakar rujuk blog pasni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguhpun saya jadi blogger profesional tidak bermakna saya pakar..gelaran itu cuma nak sedapkan saya sebagai blogger yang bergaji tetap sahaja

      Padam
  13. Saya tak menyangka kalau ternyata saya dikaruniakan seorang teman dari Negara Malaysia yang bernama Hanafi.

    Saya tak banyak cakap, nanti kalau banyak cakap dikira saya prmosi,heheheh.....

    Saya mau tanya sikit sama Bos Urat sehat, Kenapa sich Mas terjun ke dunia blogging ? Jawab dengan jujur yach..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih bro Kong Nata kerana menghargai kehadiran saya dalam dunia blogger ini.

      Sebetulnya saya suka menulis biarpun penulisan tidak sehebat mana.Itulah faktor terkuat saya menceburi dunia blogger sejak tahun 2009 lagi..

      Pada mulanya kurang aktif tetapi pada tahun 2013 saya mula serius menulis dalam blog dan dari dunia blog saya rasa puas dengan apa yang saya lakukan.

      Selain itu melalui blog juga saya menjalin ramai kawan-kawan blogger baik di Malaysia maupun Indonesia

      Silaturrahim itu adalah pintu rezeki.

      Padam
  14. semoga terus sukses dalam apa yang di impikan...
    Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin dan terima kasih tuan..

      begitu juga dengan tuan

      Padam