Hai semua, Sekali lagi saya menggunakan blog ini untuk cerita hal peribadi.Apa boleh buat.Saya pinjam dulu sebelum blog utama saya kembal...

Sangkaan Tercicir Rupanya Duit Dah Kena Kebas 'Toyol'

Hai semua,

Sekali lagi saya menggunakan blog ini untuk cerita hal peribadi.Apa boleh buat.Saya pinjam dulu sebelum blog utama saya kembali pulih awal bulan hadapan.

Saya sama sekali tidak menyangka dalam diam-diam ada lagi toyol zaman sekarang ini.Toyol tersebut telah menghilangkan sejumlah duit bajet terakhir saya.

Jika toyol ini tahu saya orang susah mungkin tak sampai hati nak kebas duit.Mungkin berfikir banyak kali dan menangis teresak-esak dibucu katil.

Biarpun jumlahnya tidaklah sebesar mana namun amat bermakna kepada saya buat masa ini.Duit tersebut adalah bajet untuk saya ke majlis Islam selasa depan dan bajet untuk makan minum sehingga hujung bulan.

Beginilah alkisahnya

Setiap malam saya ada membuat balancing bajet dan rekodkan ke dalam MS Excel sebagai latihan pengurusan kewangan.

Wang tunai keluar dan wang masuk [ sebulan sekali] akan saya pantau berhati-hati.Setiap sen yang dibelanjakan saya rekod dengan lengkap.

Tiba-tiba malam kejadian saya mendapati 'cash shortage' sebanyak RM70.Puas saya belek dan korek dalam beg tak juga jumpa,

Akhirnya otak saya membuat andaian duit saya tercicir ketika membeli barang keperluan tempohari.Mungkin kesilapan saya suka sangat 'dreaming' siang dan malam.Padan muka saya sendiri.

Pada malam tersebut saya berlapang dada.Saya doakan sesiapa yang menemui duit itu berasa gembira dan saya niatkan sedekah untuknya.

Dalam hati berkata,inilah cara terbaik Allah bagi teguran kepada saya kerana sikap kurang bersedekah.

Saya tidur dengan lena walaupun terdetik dalam hati bagaimana nak survive dengan wang berbaki RM21.30 sehingga menunggu hari gaji pada hujung bulan ini Mac 2018.

Kredit : Vimeo

Keesokan harinya saya liat.nak bangun pagi Fikiran masih belum move on setelah kehilangan RM70.Bagi orang berduit jumlah ini berada di celah gigi sahaja.Untuk saya lain ceritanya.

Alhamdulillah saya teruskan juga puasa sunat Khamis walaupun bersahur dengan meneguk air kosong.Pada mulanya memang nak menjamah roti tetapi selera pandai merajuk.

Balik dari surau saya singgah di gerai menjual roti.Dengan harapan inilah menu utama saya sementara menunggu gaji.

Duit dalam tangan berbaki RM18.30 selepas membeli roti tersebut.

Pada pagi itu saya bertugas seperti biasa.Saya memulakan rutin harian.

Saya begitu beria-ria dengan bajet RM18.30 untuk 10 hari.Duit itu saya akan beli roti sebanyak 4 bungkus sebagai juadah 3 kali sehari.

Menjelang Zohor saya mandi.Seperti biasa saya keluar bilik sewa tanpa berkunci.Beg duit saya sorok ditempat yang selalu saya letak hampir sama setiap hari.Saya letak dalam beg pakaian yang terbuka zip untuk memudahkan saya menyimpan.

Selesai mandi yang tak sampai pun 10 minit saya,terus memeriksa beg duit.

Masya Allah !

Duit dalam dompet saya hilang RM15 lagi.Kini baki yang tinggal cuma RM3.30.Pada waktu tersebut, barulah saya sedar ada toyol mencopet duit saya.

Toyol ini masih ada hati perut.

Kalau tidak, pasti dompet duit saya habis kena kebas sekali.Hilang Kad Pengenalan dan kad bank lagi lah menzalimi diri saya yang 'hensem' la sangat nie.

Saya bernasib baik juga telefon 'cap ayam' dan dua laptop  tidak kena sembat.Saya panjatkan kesyukuran.Tak pelah saya hilang RM85 sebagai harga kecuaian dan prasangka baik saya terhadap manusia lain.

Harga ini akan saya tebus dengan berhati-hati pada masa yang akan datang.

Saya berdoa agar toyol itu segera insaf dan menyesali perbuatan zalimnya.Dalam masa yang sama saya belajar redha dan menganggap apa-apapun barang dalam dunia ini bukan kita punya.

Saya sempat Google bagaimana nak buat si pencuri 'panas' selepas berbuat aniaya terhadap kita.Ada cara baik dan cara yang tidak baik.

Cara nak 'panaskan' pencuri

Hanya cara baik saya kongsikan la ya.

1.Baca surah Yasin terutama 7 ayat Mubin

2.Baca ayat ke 16 surah Luqman sebanyak 116 kali.

3.Membaca "Yaa Khaaliq" sebanyak 500 kali. Lebih utama dibaca tengah malam setelah solat hajat 2 rakaat.

4.Setelah itu berdoa agar barang yang hilang dapat segera ditemukan kembali

5.Niatkan sebagai sedekah untuk kafarah dosa.In shaa Allah akan diganti berlipat kali ganda,

Sebagai makluman, saya tak sampai hati nak panaskan 'toyol' tersebut.Kalau betul-betul toyol tak kisahlah.

Mungkin toyol ini terdesak kerana kos hidup yang amat mencabar sekarang.Kalau toyol faham hukum Islam mungkin tak berani nak mencuri kerana boleh kena potong tangan jika sabit kesalahan.

Penutup

Semuanya Allah punya dan dipinjam sekejap cuma.Bila-bila masa boleh diambil kembali oleh tuan punya yakni Allah Yang Maha Esa.

Anggap sahaja peristiwa ini sebagai ujian keimanan dan ketakwaan.Dengan bersabar dan redha in shaa Allah kita dapat kembali menemui fitrah kehidupan.

Sekian sahaja dan jumpa lagi.

20 ulasan:

  1. Minta jauh daripada gangguan Toyol zaman moden sekarang ni.

    Moga Allah lindungi Bro Hanafi daripada gangguan makluk halus seperti Toyol.

    Moga tiada lagi kehilangan duit selepas ini. Moga Allah Taala memulihara keluarga bro daripada gangguan dari segala bala dan bencana. AMIN....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...

      terima kasih tuan atas doa yang cukup bagus.


      info terkini yang saya dapat kenalan yang kuat amalan agama tadi.

      Toyol ambik duit secara cermat..

      mereka pilih duit tertentu sahaja dan tinggalkan yang lain.

      Padam
  2. Semoga dugaan ini memberi hikmah besar kepada Blogger Hanafi ^_^ Inshaallah...
    .
    Terima kasih atas tips untuk "panaskan" pencuri tu hehe :D

    BalasPadam
  3. Mula mula ingatkan toyol betul. Bila baca balik okey faham. Takpelah anggap saja bukan rezrki kita. Ada hik ah di sebalik kejadian

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau betul kata toyol...sayalah orang paling awal keluar bilik tu hehehehe

      Padam
  4. jahatnya toyol tu. baik tangkap n serahkan kpd polis je!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pelah tuan..

      masih boleh dimaafkan

      Padam
  5. Astaghfirullahal'azhiim
    kadang saya pun tak percaya dengan adanya toyol (tuyul = Indonesia), tapi tetangga saya pernah cerita bahwa uang dalam tabungan/celengan (tabung dari plastik berlubang kecil untuk menabung uang dirumah) hilang yang bernilai dua puluh ribu rupiahnya saja

    ya betul setiap kejadian hanya terjadi atas izin Allah, semoga Allah tambahkan rezeki untuk bro Hanafi berkat kesabaran dan keikhlasan

    aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..

      apa yang saya maksudkan ini adalah toyol sepesis Homo Sapien

      Padam
  6. zaman skg msih ade toyol lg ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut tempat juga..

      kalau di kampung yang mistik dan ada penjaganya.

      memang ada la tu

      Padam
  7. Balasan
    1. kepala hitam atau hati yang hitam hehehehe

      Padam
  8. Mencuri ni mula-mula kerana terdesak, lama-lama dah jadi tabiat nak hidup senang dengan cara mudah. Semoga sipelaku mendapat hidayah atas kemuliaan hati mangsa yang sudi memaafkan dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah..

      bukan mudah juga tetapi belajar untuk redha..

      Padam
  9. Bertabah laa. Mungkin toyol tu sudah seminggu tak makan sebab tu sanggup mencuri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.

      kesian juga.

      tapi kalau betul kesusahan saya boleh hulur sikit

      apa-apapun ..

      barang dah lepas tak perlu nak kenang lagi

      hehehehe

      Padam
  10. OmG, sebuah dugaan yang saya tak nak alami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kita tak nak ia berlaku.

      minta dijauhkan

      Padam