Hai semua, Bayangkan jiran kita.Sebelah rumah.Maaf bukan ahli keluarga,Dia alami kerosakan kekal otak yang berpunca dari dadah. sintetik...

Kerosakan Kekal Otak

Hai semua,

Bayangkan jiran kita.Sebelah rumah.Maaf bukan ahli keluarga,Dia alami kerosakan kekal otak yang berpunca dari dadah. sintetik.

Sungguh kasihan dan salah siapa tu ?

Penyalahgunaan dadah sehingga kini belum dapat dibanteras secara total.Selari dengan perkembangan semasa,dadah mengalami perubahan yang amat pesat.

Jika dulu kita biasa mendengar dadah tradisional seperti candu, atau ganja.Kini sudah beralih arah ke dadah sintetik yang popular dengan pelbagai panggilan seperti pil estacy,nospain dan sebagainya.

Dadah sintetik juga dikenali sebagai "drug party".Pengambilannya untuk kehidupan sosial yang sudah semestinya amat bertentangan dengan ajaran Islam.



Memetik kenyataan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Datuk Nur Jazlan Mohammed, dadah sintetik amat berbahaya kerana memberi kerosakan kekal pada otak hantu dadah tersebut..

Harga dadah sintetik lebih murah menyebabkan hantu dadah boleh memdapatnya dengan mudah.Namun mereka tidak sedar tindakan mereka itu akan memusnahkan kehidupan mereka sendiri.

Bayangkan ibu dan bapa telah menjaga mereka sejak baru lahir tetapi bila sudah besar telah mencampakkan diri ke dunia kebinasaan.

Apabila mereka ini menjadi hantu dadah adakah mampu berbuat kebaikan kepada ibubapa dan masyarakat ?

Penutup 

Sama-sama kita fikirkan dan jangan biarkan dadah sintetik menghancurkan otak kita yang genius dan bergeliga ini.

Mungkin golongan hantu asli bertepuk tangan setelah melihat manusia menjadi hantu akibat pengaruh dadah sintetik ini.

Sama-sama kita elak diri dari pengaruh dadah ini tak kira dadah tradisional maupun sintetik.

9 ulasan:

  1. waduh ngeri ya akibat dari obat-obat yang seperti itu, jangan sampai ada korban lagi
    semoga kita terlindungi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab itu dadah kat Malaysia dipanggil najis dadah ..

      mudharatnya amat besar kepada diri,keluarga dan masyarakat

      Padam
  2. Balasan
    1. minta-minta kita dijauhkan dari mereka yang hidupnya hancur akibat dadah

      Padam
  3. Baru-baru ni terbaca mengenai dadah dari cendawan yang dijual dalam bentuk rokok....

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam -macam ada..pelik kan dunia ini

      Padam
    2. Betul tu, manusia lagi pelik sentiasa nak cari penyakit

      Padam
  4. yg sedihnya ada dah sedia maklum tentang bahayanya tapi masih lg consumed semuanya gara2 dah ketagih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana kesedaran belum kuat.

      bila dah sedar..

      sudah terlambat kerana otak sudah rosak secara kekal

      Padam