Hai semua ! Dalam artikel ini saya nak berkongsi 7 tips untuk elak terkena jangkitan selsema ketika dalam penerbangan.Tak kira jarak jauh ...

7 Tips Elak Jangkitan Selsema Dalam Penerbangan

Hai semua !

Dalam artikel ini saya nak berkongsi 7 tips untuk elak terkena jangkitan selsema ketika dalam penerbangan.Tak kira jarak jauh atau jarak dekat.Kita mungkin sihat.Namun ada penumpang lain yang kurang sihat ada dalam penerbangan juga..

Tentunnya kita tidak mahu berkongsi selsema.Kalau berkongsi kasih itu bab lain.

Alangkah kurang nikmatnya jika ketika melancong, kita pulak kurang sihat.Lebih-lebih lagi kalau melancong untuk berbulan madu atau mengerjakan umrah.Buat itu dan ini pasti tak kena.

Mudah-mudahan info yang saya komgsikan ini ada manfaatnya untuk pembaca.

Saya tulis seringkas yang boleh namun mengekalkan mesej asal.Cuma kadang-kadang bahasa dan ayat yang saya gunakan ini agak 'nakal' sedikit.


Inilah dia tipsnya

1.Minum air putih bersih yang secukupnya

Sebelum nak berlepas boleh minum air kosong minima 500ml.Dalam pesawat udara kering dan boleh menyebabkan terhidrat.Kurang air boleh jadi demam,pening kepala,selesa dan batuk.

2.Jauhi duduk dengan orang yang terkena selsema

Jika penerbangan tersebut tidak penuh dengan penumpang boleh mohon tukar tempat duduk yang lain.Carilah krew cabin yang cantik dan hensem tersebut untuk bantuan segera.

3.Duduk berhampiran dengan tingkap

Sekali lagi tengok keadaan juga.Sekiranya ada peluang pilih tempat duduk ditepi tingkap.Dapat elak bersentuh dengan dengan penumpang yang terkena selsema.Kalau sengnaja nak sentuh penumpang lain saya tak berani nak komen apa-apa.

4.Guna pelindung muka

Bahasa lainya "facemask".Penggunaan pelindung muka sangat bagus untuk melindungi kita dari terdedah kepada sebarang virus dan selsema orang lain.Lagi digalakkan kalau kita sudah kena selsema untuk menggunakannya.Tidaklah orang lain terjangkit disebab kita sebagai pembawa selsema.

5.Cuci tangan sempurna

Tangan kita banyak mengutip bakteria di mana-mana.Mana tidaknya kita menyentuh tempat-tempat yang nenjadi perkongsian orang ramai.Misalnya meja,tonbol pintu dan sebagainya.Kekerapan mencuci tangan tmenjamin kesihatan secara efektif.

6.Kelembapan lubang hidung

Ada banyak caranya.Salah satu dengan menghidu air panas.Selain itu boleh juga menggunakan Vaseline bagi memastikan rongga hidung sentiasa lembap.

7.Menjaga kebersihan makanan

Makan dalam pesawat merupakan nikmat.Jika makanan dah sejuk yang dihidangkan kita boleh memohon untuk tukar yang lain.Begitu juga kalau makanan yang memangnya sejuk,pastikan berbungkus dengan sempurna.

Penutup 

Kesemua 7 tips yang saya kongsikan di atas bukanlah muktamad untuk elakkan selsema.Jika kurang bernasib baik sudah tentu terkena selsema juga.

Saya masih suka kepada pepatah Arab "mencegah lebih baik dari mengubati"

Sekian.Hingga jumpa lagi.


Terima kasih

8 ulasan:

  1. No empat itu mungkin maksudnya masker penutup hidung dan mulut ya? Ya kalau dalam pesawat agak repot juga karena no kursi sudah ditentukan, kalau sedang sepi kemungkinan bisa pindah

    ya setidaknya berusaha untuk tetap sehat, semoga kita terlindungi dari beragam penyakit termasuk influenza ( Selsema, (penyakit selesma kalau bahasa suku Palembang di indonesia)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...penutup mulut dan hidung..

      kadang-kadang terjemahan saya kurang tepat hehehhe

      Padam
  2. Thanks for sharing!! ^_^ sangat berguna waktu2 nak naik pesawat.. *even Hana dah bertahun tak naik T^T hmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergilah Sarawak...

      dapatlah naik pesawat

      Padam
  3. Boleh praktik tips ni dalam banyak situasi. Thanks Mr. Hanafi

    BalasPadam
    Balasan
    1. yalah kan...tak semestinya dalam pesawat sahaja.

      Padam
  4. xyah ddk dlm flight...ni pun dah kena selsema ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...

      Itulah tanda kebesaran Allah.

      hebat mana pun manusia...virus yang tak nampak guna mata kasar pun kita boleh kalah.

      Padam