Ibubapa akan lebih bahagia jika anak kecil mereka tidur awal pada malam hari.Ibubapa lebih masa untuk berehat dan lebih masa untuk aktiviti ...

5 Tip Mudah Supaya Anak Kecil Tidur Awal

Ibubapa akan lebih bahagia jika anak kecil mereka tidur awal pada malam hari.Ibubapa lebih masa untuk berehat dan lebih masa untuk aktiviti pasangan suami isteri.

Anak tidur lebih awal akan lebih sihat.Tumbesaran lebih sempurna dan paling penting juga masa berkualiti pasangan suami isteri.

Rata-rata ibubapa memang bekerja.Masa untuk berehat sangat diperlukan.Ini tidak bermakna kualiiti kasih sayang terhadap anak dikurangkan.

Tidak sama sekali.


Menidurkan anak pada awal waktu adalah bukti kasih sayang.

Saya nak berkongsi tip untuk menidurkan anak supaya mereka boleh tidur awal.

1.Hadkan masa penggunaan gajet sebelum tidur

Biasakan anak kecil untuk tidur seawal jam 8.30 malam.Jangan bagi tab atau handphone dalam waktu yang terdekat untuk tidur.Misalnya jarak 2 jam sebelum tidur.

2.Memaksimumkan aktiviti harian anak-anak

Biarkan mereka aktif  bermain pada sebelah petang.Keletihan mereka akan memudahkan mata untuk terlelap pada malam hari.

3.Jangan bagi anak kecil minum air yang ada kafien

Kopi atau teh adalah minuman yang kurang bagus untuk anak-anak anda.Begitu juga dengan air bikarbonat yang turut mengandungi kafien.

4.Sediakan bilik tidur yang sesuai

Bilik tidur anak-anak yang gelap dan selesa akan memudahkan mereka tidur.Jangan abaikan aspek ini.

5.Dodoikan dengan membaca buku cerita

Sejujurnya bukan budaya kita.Namun ia boleh dipraktis kerana budaya membaca amat digalakkan kepada anak dalam usia yang muda lagi.

Penutup

Latihkan anak kecil anda untuk tidur awal waktu.Mereka sihat ibubapa pula lebih bahagia.Manalah tahu nak tambah adik yang baru lagi.

Jangan lupa si emak yang nak hamil lagi digalakkan untuk membaca Ikhtiar Hamil Dengan Colostrum

-uratsihat-

2 ulasan: