Hai semua, Saya ada berita baik untuk kaum wanita yang sudah berusia.Satu info yang saya perolehi baru baru ini berkaitan menopaus.Kini ad...

Terapi Hormon Menopaus

Hai semua,

Saya ada berita baik untuk kaum wanita yang sudah berusia.Satu info yang saya perolehi baru baru ini berkaitan menopaus.Kini ada cara untuk mengatasinya dengan terapi hormon menopaus.

Dalam erti kata lain biarpun sudah menopaus namun aktiviti malam jumaat berjalan seperti biasa.Mungkin lebih hebat dan lebih hangat.Tak rugipun jika hubungan suami isteri semakin bahagia ketika meniti usia senja.

Maksud menopaus ialah wanita putus haid.Mereka akan mengalami gejala seperti berikut.

1.Rasa kulit terbakar

2.Berpeluh projek malam

3.Tidur kurang lena

4.Kekeringan Mrs V



Memetik laporan portal berita mynewshub.cc pada 23 Mac 2018, hanya 7 peratus sahaja yang mengambil rawatan terapi hormon menopuas.Sedangkan rawatan terapi ini sudah diperkenalkan pada peringkat global sejak tahun 1940-an lagi dan semakin popular dari tahun 1960-an.

Di Malaysia belum digunakan secara meluas terapi hormon menopuas.Itupun hanya pada golongan para doktor dan para jururawat.

Dr Ho Choon Moy iaitu Presiden Persatuan Menopaus Malaysia menyarankan kaum wanita untuk segera mendapat rawatan tersebut dalam lima tahun awal menopaus.Rasionalnya untuk mengesan dan mengawal penyakit golongan wanita menjelang usia emas.

Jika terlambat  menggunakan terapi homon menopaus dikhuatiri meningkatkan risiko kanser payu dara.

Bak kata lagu Shidee "Sayang semuanya sudah terlambat"

Semasa rawatan awal terapi hormon menopause kaum wanita dihendaki mendapatkan pemeriksaan setiap bulan.Selepas itu secara berkala 6 bulan sekali sehinggalah setahun sekali.

Cas yang dikenakan untuk rawatan terapi hormon menopaus dalam lingkungan RM50 sehingga RM100 di hospital atau klinik swasta.Nak jimat pergilah hospital kerajaan betul tak ?

Menurut Dr Ho Choon lagi golongan wanita yang ada gejala atau sejarah perubatan kanser dan penyakit memang dilarang menggunakan hormon ini.Tentunya boleh memdatang risiko kesihatan yang tidak diingini.

Penutup

Sebenarnya tidak kira lelaki atau wanita apabila usia sudah tua pelbagai nikmat kesihatan semasa muda akan beransur hilang.

Redha sahaja dan cuba berlapang dada.Hargai setiap detik berlalu dengan hati yang tenang sementara menunggu panggilan pulang.

Sebelum dipanggil pulang alangkah bagus perbaiki amalan solat terlebih dahulu.

11 ulasan:

  1. Menopause bukan penyakit melainkan rangkaian kehidupan yang cepat atau lambat akan didapati, jadi intinya hadapi dengan ikhlas dan rasa syukur jangan stress
    kira-kira begitu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menopaus adalah ketuaan ..

      it okay..semua wanita akan alaminya jika panjang umur hingg ke tua

      Padam
    2. ada juga yang mengalami menopause sebelum usia tua, namanya menapouse dini

      Padam
  2. Thanks for sharing!! ^^ bertambah sikit ilmu saya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya lah kan...

      share juga kepada kaum kerabat yang rasanya sudah menghampiri menopaus.

      Padam
  3. kebanyakan wanita di negara kita bla da menopous, mereka menganggap kesihatan bagai tak penting. janji sihat dan boleh beribadah. lain laa mereka yg mmg jenis jg penampilan mungkin terapi ni diperlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebetulnya memang perlu.

      bukan untuk satu pihak..tetapi kedua belah pihak

      Padam
  4. Good sharing, saya pun taktahu pasal terapi hormon ni. Sebelum sampai masa boleh study dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha..

      lama lagi tu

      awak masih mudah dan remaja

      Padam