Gaya hidup sihat sering dikaitkan dengan bersenam.Ya.Betul dan tidak dinafikan.Namun gaya hidup sihat bukan sekadar itu sahaja. Lebih dari...

Gaya Hidup Sihat Amalan Kita

Gaya hidup sihat sering dikaitkan dengan bersenam.Ya.Betul dan tidak dinafikan.Namun gaya hidup sihat bukan sekadar itu sahaja.

Lebih dari itu.

Lebih luas.

Lebih mendalam maksudnya.

Gaya Hidup Sihat

Menurut pendapat saya, gaya hidup sihat adalah rangkuman tabiat pemakanan dan rutin senaman

1.Tabiat pemakanan

Kita makan nak sedap.Kalau boleh hari-hari  nak makan yang sedap.Rata-rata makanan yang sedap berlemak dan berminyak.

Itu belum termasuk kes makanan terlebih manis dan terlebih masin.

2.Rutin senaman

Senaman tidak semestinya kita buat seperti dalam TV atau masa sekolah.Yang penting ada gerakan.Mungkin gerakan yang ringkas atau agresif.

Paling mudah berjalan kaki.Itulah senaman yang mudah.Saya pernah berjalan kaki untuk pergi dan balik kerja selama 30 minit setiap hari.Kesannya saya menjadi slim.hehehe.

Kesimpulan

Gaya hidup sihat adalah amalan kita yang wajar untuk dipraktik dari hari ke sehari.Jika tidak kita akan berisiko untuk sakit,gemuk dan pelbagai gejala kesihatan yang tidak elok.

Satu artikel yang wajib baca untuk wanita ialah berkaitan kesihatan rahim bertajuk " PETANDA RAHIM TIDAK SIHAT "

Sekian dulu.Terima kasih.

-Urat Sihat-


2 ulasan: