Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca. Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat datang dan selamat tahun baharu 2018.Pastikan ...

Blog Urat Sihat Dilancarkan Secara Rasminya 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca.


Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat datang dan selamat tahun baharu 2018.Pastikan tahun ini pembaca akan lebih ceria dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Saya Mohd Hanafi adalah penulis untuk blog Urat Sihat yang khusus untuk berkongsi info kesihatan,produk kesihatan dan apa-apa sahaja yang berkaitan kesihatan.

Pemilihan nama Urat Sirat secara kebetulan kerana saya sebenarnya mahu nama Urat Besi.

Sayangnya nama itu tidak ada lagi dalam simpanan Blogsot.

Apabila difikir balik nama Urat Sihat macam cun dan  mengena sahaja dengan  niche kesihatan.

Urat adalah saluran darah dalam badan manusia.

Sihat pula adalah tahap kesihatan yang kita ingin kekalkan atau perbaiki dari masa ke semasa.

Sebab apa?

Sebab kesihatan adalah nikmat yang terbesar sekali selepas nikmat iman dalam hidup kita ini.

Untuk sihat kita perlu berusaha mengekalkannya.Orang yang kurang sihat pula akan berusaha untuk kembali sihat dengan pelbagai cara.

Pada masa itu akan terbit kesedaran bahawa sihat itu terlalu berharga.

Oh ya!

Demi memastikan blog Urat Sihat boleh bersaing dengan sihat,saya telah merangka dan merancang beberapa langkah yang proaktif.

Antaranya saya menulis visi dan misi blog ini siap-siap.

Visi : Menjadi blog yang bermanfaat dalam perkongsian info kesihatan
Misi :Dikemaskini berdasarkan perkembangan info yang relevan dan sahih

Akhir kata jumpa lagi.

Terima kasih

-Urat Sihat 010118-


2 ulasan: