Hai semua. Saya baru terbeli buku Hukum Tarikan atau Law of Attraction hasil karya Michael J.Losier.Rasa bahagia dan bersyukur sangat sang...

Bahagianya Terbeli Buku Hukum Tarikan

Hai semua.

Saya baru terbeli buku Hukum Tarikan atau Law of Attraction hasil karya Michael J.Losier.Rasa bahagia dan bersyukur sangat sangat.Sebab sudah lama mencari di perpustakaan.

Tak jumpa-jumpa.

Saya terjumpa di gerai pameran buku.Harga yang ditawarkan tak masuk akal.Maklum sahaja buku edisi lama tetapi ilmu tersebut evergreen.


Senaskah cuma RM6 sahaja.Hanya naskah itu sahaja yang tertinggal.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2013 hasil cetakan ke tujuh.Cetakan pertama pada tahun 2008 dan ditulis dalam bahasa Melayu.

Memandangkan blog utama saya masih “berehat” saya pinjam dahulu blog ini untuk penulisan informasi berbentuk motivasi.

Boleh ke tak nie ?

Mestilah boleh sebab sendiri punya blog.Walaupun hakikatnya Google yang punya.

Biasalah tu

Yang penting perkongsian saya ini boleh dibaca dan dimanfaat oleh pembaca.Boleh juga sebagai nota digital saya sendiri.Mungkin pada suatu masa nanti boleh dijadikan rujukan peribadi.

Sebelum kita pergi jauh lagi,alangkah eloknya saya berkongsi takrifan Hukum Tarikan secara mudah.

“..Saya dapat menarik apa sahaja perkara ke dalam hidup saya dengan penuh perasaan dan seluruh perhatian tanpa mengira positif atau negatif..”

Secara mudahnya fikiran dan perasaan jika bersatu akan menjadi kuasa semulajadi manusia untuk mendapatkan segala impian dan cita-cita.

Cuma dikhuatiri keburukan dan kecelakaan jika hukum tarikan tersebut disertai dengan fikiran dan emosi negatif.

Intipatinya kita wajar untuk menjaga fikiran supaya positif dan perasaan yang bersih lagi baik..

Cukuplah setakat ini dahulu.

Kita sambung lagi dalam artikel yang akan datang.

In shaa Allah.

12 ulasan:

  1. murahnya.... kalau tak berapa lah harga buku tu sebenarnya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga biasa untuk Sabah & Sarawak ialah RM30 senaskah..

      Padam
  2. Pernah baca tentang Law of Attraction ni, semakin kita fikir tentang sesuatu perkara..semakin banyak kita jumpa dalam kehidupan kita..betul x macamtu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.

      semua benda ada atam dan ada pergerakan.

      benda ini akan dapat kita tarik hanya dengan memikirkan melalui fokus dan penuh perasaan..

      jika positif maka positiflah yang akan datang

      Padam
  3. Nampaknya kena berfikiran positif selalu..

    BalasPadam
  4. betul tu
    janji perkongsian tu dikongsi untuk kebaikan ramai yang membaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya akan hayati dan telaah dulu..

      baru la senang nak tulis.

      takut perkongsian tidak serupa bikin

      Padam
  5. nnt sy pulak buku law of attraction versi islamik punya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lagi baik dan saya pernah baca buku tersebut.

      Padam
  6. Murah tu RM6 je. Memang rugi kalau tak beli... Yang penting ilmu dalam buku tu kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat..

      ilmu yang tak ternilai kalau dipraktikkan

      Padam